Mood swings aku boleh tahan fickle nya. Kadang aku boleh terima bila berbual dengan orang yang style percakapannya monotonous. Tiada klimaks, tiada ekspresi menarik. Mendatar. Ada masa aku rasa nak tempeleng saja mereka-mereka yang memaksa aku menjadi monotonous seperti mereka. Terikut-ikut lah katakan. Apa masalah aku nak salahkan mereka pun aku tak pasti. Ah, malas nak fikir lebih. Yang penting aku geram.
Kelakar pula bila pagi tadi aku terpaksa contemplate - memilih mangsa dalam senarai kongsi gelap aku untuk dipaksa bangun awal untuk pergi breakfast bersama. Review punya review, scan punya scan, tiada yang memenuhi cita rasa aku pada pagi tadi. Aku mahukan orang yang boleh buat aku gelak, senyum dan kenyang semua pada satu masa. Perut lapar, mood pun kurang, aku perlukan orang yang boleh handle penyakit angin kus-kus aku di pagi hari.
Hah, pilihan yang tepat. Wajahnya muncul di minda. Aku menelefon, dia bersetuju.
Roti canai tak berapa nak sedap, dia pun cakap makan roti canai tadi keras seperti kulit kaki. Perumpamaan yang menarik. Pernah pula dia makan kuit kaki? Teh ais terlebih manis, tapi itu semua boleh tolak tepi, simply because I had good company. Kadang aku rasa its not much on the food we ate, or where we had our breakfast, kita harus bijak memililh teman. Sebab teman yang power akan membuat situasi yang hambar menjadi ceria.
Dia bercerita tentang kisah lama, tentang gaya kehidupan orang-orang ternama di zaman dahulu kala. Mimi loma menjadi topik perbualan kami, begitu juga dengan S. Rohani, nama-nama hebat pada suatu masa dulu. Menjadi topik perbualan kerana mereka sebenarnya tumpang solat maghrib di rumah pada tempoh hari sebelum bersama-sama ke rumah terbuka Hzq. Geng-geng dia lah katakan. Semua pun di bawa balik rumah. Aku terkejut kerana Aunty S. Rohani mencadangkan agar dia membawa aku berjumpa dengan Rosyam untuk menjinakkan diri dalam industri mereka. Tetapi cadangan itu di bantah hebat oleh Aunty Mimi Loma sendiri. Aunty Mimi berpendapat pengajian aku jauh lebih penting dari mengejar nama. 'Sayang' katanya. Dah lama aku tak gelak berguling. Comel sebenarnya kalau kita berbual dengan orang-orang berumur seperti mereka. Bila bertekak sesama sendiri, segala bahasa 'istana' keluar. I can't act for nuts.Yea, aku bahasakan diri mereka 'Aunty' sebab macam kelakar kalau panggil mereka yang vogue ini ' Tok '.
Thanks but no thanks, bukan itu cita-cita aku. Taman permainan impian aku bukan begitu rupa yang di idamkan.
Kata penemanku lagi, hati yang cekal minda yang tajam boleh dibawa kemana-mana. Apa yang aku nak, pasti aku akan dapat jika usaha ditabur tanpa kenal erti penat disertakan dengan niat yang betul. Kalau aku ditakdirkan untuk terbang jauh ( Ameen, inshaAllah ) dia pesan beli tiket extra kerana orang macam aku ini harus di jaga rapi. Alasannya pula, nanti dia kasihan tiada siapa nak teman aku yang penakut ini belajar sampai lewat malam, tiada siapa yang mahu masakkan untuk aku.
Aku ketawa kecil. Aku tahu dia seorang saja yang sanggup melayan kerenah aku yang suka menghimpit atas katil single bednya tengah-tengah malam hanya untuk dibelai dan ditepuk manja sehingga aku dapat melenyapkan mata. Dia saja yang bila aku cakap, ' haus, nak turun' akan teman aku ke bawah untuk ke dapur melayan sikap penakut aku besides daddy. Dia seorang saja yang akan berleter panjang setiap kali aku sebut ' nak pergi climb, ' risau tangan yang lembut menjadi kasar seperti tapak kaki. Dia juga yang akan cakap apa saja yang aku pakai nampak cantik bila di minta pendapat kerana takut aku akan selongkar balik almari mencari pilihan lain yang mengambil masa an extra half an hour to get ready.
Dia lah kekasih gelap dan siang aku.
" Tokmak, nak tepukkk"
- " Hesh budak ni, cuba awak pulak yang picit tokmak ni ha. 15 cucu aku semua pun perangai
lain. Kalau dah kawin ni nanti, takkan nak tokmak tepuk jugak? Nak mintak laki awak tepuk
sampai awak tidur??! "
xoxo,
cik salmah
" Tokmak, nak tepukkk"
- " Hesh budak ni, cuba awak pulak yang picit tokmak ni ha. 15 cucu aku semua pun perangai
lain. Kalau dah kawin ni nanti, takkan nak tokmak tepuk jugak? Nak mintak laki awak tepuk
sampai awak tidur??! "
xoxo,
cik salmah
9 comments:
haha. comelnya!! tepukkk...
i teman u lah abroad nnt k :)
ckp ng tokmak ke, ada org teman.
hehe.
suweet..eh dh ada org dh komen...hehe
org yg berjaya kebiasaannya adlh org yg mempunyai skumpulan org yg teguh n setia menyokong mereka di tepi,blakang,dpn n dari smua sudut....may ALLAH bless u zaza zizi zuzu...
soooo trueeee.the company tu yg priceless. once, blackout dekat asrama, tp dsbbkan company yg awesome gila, tak terasa pun. i miss my dearest friendssss! anyways, its not wrong to always be happy, in fact im envious! :)
Wahai Cik Salmah,
Melelapkan mata ya, bukan melenyapkan mata :)
maaf mengganggu :D
emamp itulah ketua pada waktu bersembahyang kepada Yang Esa.
ahahaha.
lol !
im sure i meant melelapkan mata :P
but oh well, fhm2 sudah. ;)
thank you all,
x
er, and when I said ' I '
i meant i = cik salmah.
haha. kantoi di situ. neway. ble bace entry neh teringt ur video little kids tuh. hye tok mak. hye tok mi. hye tok aje. hye tok ayah: yang pnggil zyra budak comot. haha (err pakai bantai je nama neh. tak tau betul ke tak :P)
btw. datang uum ke?? red carpet lagi tuh u. hahaha. heh kamu busy ekh lately. takpe2 nati lepas exam kte akan bercf secara marathon like dulu2 k. psss. mok rindu u. die kate die rndu nak cf ngn kte. nak bergossip la tuh :P
ape susah
beli one extra tix for me
i can fly with u to the new la la land he he
Post a Comment