Pada hari Jumaat yang lepas, saya dan rakan-rakan telah melakukan aktiviti riadah di kawasan Batu Caves. Aktiviti ini telah dirancang dalam masa yang singkat, disebabkan itu, pertemuan yang sepatutnya dijanjikan pada jam 9 pagi, tertunda kepada jam 10 pagi atas sebab-sebab yang sepatutnya dapat dielakkan, tapi tidak dielakkan oleh brader brader yang terlibat.
Aktiviti 'outdoor' atau 'luar pintu' melibatkan batu batu seperti ini,

Dan ini,

Dan ini,

Dan brader ini. Nama dia Bakar. Tapi panggilan manja adalah Burn. Jadi panggilan kebiasaan adalah ' Abg Burn '. Namun disebabkan kami budak-budak baru, panggilan Abg Burn ini telah digubah dan dilebih manjakan dengan panggilan ' Abg Wonderpet'. Ini adalah keRana, abang ini akan selalu memberikan kami kata2 semangatnya yang berbunyi, " APA YANG PENTING?? " dan selebihnya, anda mungkin boleh tahu sendiri.

Adik-adik comel ini bercita-cita tinggi untuk mencabar Abang Wonderpet dalam speed climbing. Kasihan, nasib baik mereka comel. Jadi kami layankan saja.

Ini merupakan antara alatan-alatan yang digunakan dalam aktiviti kami.

Yang ni, nama dia Za. Abg Ashraf panggil dia 'Ku'. Jangan tanya kenapa. Pelbagai cara telah cuba dilakukan oleh Za untuk menukar tabiat Abg Ashraf itu, namun tidak berjaya. Tidak apa Za, esok lusa, InshaAllah ada lagi.

Yang pegang payung Brader Arif. Saya pun tak faham apa motif dia dengan payung. Nama pun 'outdoor', tapi dia tetap berdegil dengan aksi menarik nya memegang payung itu. Ingatkan nak payungkan sampai atas, rupanya kat bawah je. Haih brader Arif, alang2 dah payung dari bawah, lain kali sampai atas la ya.

Itu lah Abg Ashraff. Dia yang 'belay' Za. Eh silap, 'Ku'. Terima kasih Abg Ashraff, jasa baik anda akan sentiasa dikenang.

Ha ini dia IT geek in action. Waktu IT geek sedang memanjat, ramai yang menegur dan menolongnya. Mungkin betul cakap Abang Wonderpet. Dia lebih disayangi kalau dibandingkan dengan Za. ( Sedih, )

Lepas dia dah penat belay semua orang, dia pun nak juga merasa. Abg Ashraff ni baru start climbing dalam 3 bulan. Satu 'kapal' lah dengan Za dengan
Ann. Eh silap, Hana.

Abg wonderpet dah climb selama 7 bulan. Namun begitu dia cukup hebat. Semua route setting, dia dan Brader Arif yang set. Dia tahu dia bagus, itu yang off sikit :P. Tapi dia cool. So kami pun cool juga.


Sebelum pulang, mereka tiba-tiba teringin untuk memakai cermin mata 'emo' kepunyaan Za. Mula-mula Abg Wonderpet. Memang ada gaya rempit. Betul best.

Lepas tu Abg Ashraff pula. Muka dia sangat menakutkan. Tapi orangnya sangat baik hati. Dia lagi baik dari Abg Wonderpet sebab dia tak selalu kacau orang dan menyakat tak tentu pasal.

Ha begitu lah dia cerita nya. Seronok. Walaupun tidak dapat lama kerana kesuntukan waktu dan tanggungjawab lain yang perlu kami bersama tunaikan ( solat dan lain-lain ), inshaAllah pada minggu hadapan jika tiada aral melintang, kami akan ke sana lagi untuk meraikan pemergian
Ann. Silap lagi,
Hana. Ok, bukan lah 'meraikan' tapi,
you get it la kan, '
farewell'. Heh heh.
Pada hari Jumaat yang sama, ada orang masuk surat khabar. Hee hee. Ada aksi bekejaran dicelah-celah batu antara 'yang terlibat' dengan brader-brader kejam bagi merebut kembali surat khabar Metro. Cubaan 'yang terlibat' gagal. 'Yang terlibat' telah dibahan sepuas-puasnya oleh brader-brader ini. ( Sedih lagi )
Namun begitu, terima kasih kepada mereka yang lain yang memberi sokongan padu kepada yang terlibat :) , I love you all. Lepas ni kalau keluar lagi, beli lagi okay? ( Ha ha )
Untuk Angah dan Kak Farah yang telah terlepas peluang untuk merebut akhbar Metro pada Jumaat lepas, di sini saya lampirkan keratan akhbar tersebut.

Sekian sahaja entri untuk kali ini.
Wassalam.
19 comments:
tudung kuning...hhhahaha
OMG! kau masuk paper apaaaa?????? tak bagitau punnnnnnnnnnnnnnn :(
1] omg!!! apesal nmpk ayu sgt dlm paper?:P ehehe~
tak kira, nak feel the paper with mu own hands~:P eheheh
angah dulu merasa masuk tv pendidikan jer huhu~ sungguh tak glamer:P
2] ohhh bm anda boleh tahan hancus juga yer hahah~ welcome abroad dear sis:P angah nyer dah tahap tapau dah kot hahaha~ tp english pun takde lah sehebat jane austen lagik hahah
efan : I tau tu yang PALING you suka kan ?. Sudah - sudah lah ok. Tak habis2 :P
falonia : Bukan aku dah gitau kau ke ? :-/ Tak eh :( Sorrry weh..
Angah : Haha, tu lah Angah. English pun ke laut, BM pun ke laut. Al-maklumlah kat rumah ini kami berkomunikasi bahasa Sepanyol. Jadi BM dan English dua - dua pun down :P Angah tak tahu iya tergolek-golek buat entri ni perah otak. Tak apa, inshaAllah akan pertingkatkan lagi penguasaan bahasa jiwa bangsa :P. InshaAllah.
I am really going to miss this.
OMG!
bestnya masuk paper.
tell me more.
nak tahu2!!
*busybody kejap*
;)
eh syg..
nak tgk ice age x?
zyraaaaaaa
y dont you tell me it's last friday's edition!!!
sigh.
and pg batu caves nape x cakap!
rumah i kan kt batu caves!
saje nk share ;)
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Hati/20090626090945/Article/index_html
wah.. hebat skali satria ESQ nih..
masok paper jadi model..
btw, cane bleh terlibat ngan modelling plak nih?? cite sket..
mane tau pasni aku pon bleh join skaki.. hehe.. jadi model ubat gigi pon xpe.. haha..
zyraaaa!!1 u didnt tell me pun..cmne leyh involve nh???nway your climbing thingy nh looks so interesting..but im quite scared to try all these stuffs tau..wish i ad mcm gang nk try bnd2 nh..tc dear =)
izaan nh sebok lak nk tumpang glamour org..hehe
See, you do look like someone on tv, except you are better.... with tudung! Isn life exciting, you go girl! ;)
Haha, they actually went up to my uncle to ask whether would anyone want to do it, so he thought of me. And then I was offered. Begitu lah ceritanya. :)
Iz'aan iklan makanan nak iklan ? Anta kan memang pakar bila bab bab makan ni. Hehehe. Seangkatan ngan Hafiez. Dia pun mintak gak kalau-kalau nak model lelaki, inshaAllah yea? Akan Zahirah simpan untuk masa depan kalau mereka perlu.
Ris, alaaa I forgot la Ris. One of these days I'll be going lagi, I'll text you okay? I promise! We were at Damai. Thanks for the link sayang:) ! Hehehe, korek metro online yea?
Nagu, come with me! You kat kl ? Hows your riding classes going? Boleh je if you want to, I'm just learning myself I've got great 'sifu(s)' with me. Haha!
:) I somehow feel like I know you. Thank you, yes it is !!
:)
*tak larat, tengah malam punya penangan lagi..*
dablers.. orang-orang yang menduakan. Like, doublers..
masyallah ... so PRETTY!
hahaha,... i plak yg ske..? haha...
tp ok pew... tp rmai gak tnye.. umo dye brape.? 28..? hahaha
hahahhaha... did they edit the picture?? cause u look so mature there... and in real life... so not... hahahahahahaha...
ha.. bgos2,cam tau2 je kn?? kui3.. janji bukan produk2 yg ada sangkut paut ngan israel la.. hehe.. nanty xpasal2 org tudoh muka ni promote israel.. huhu..
to naju, hehe, bukan tumpang glamour org, tp nak buat fame sndri, tu yg tya kot2 ada keje kosong sbg model.. hehe..xley part time, quarter time pon jadi la.. haha..
haha takpe!glamour gitu kwn kuuuuuuuuu:P
Post a Comment