masa kecik kecik

/ Sunday, June 27, 2010 /

sebab dulu daddy cakap, mulut ni tak pernah nak berhenti bercakap. ada je benda nak mengomel. i wish i could say it all has changed now, unfortunately, no.

mummy kata dulu kecik2 susah nak suruh pakai skirt bila keluar berjalan, rasanya sebab tu lah bila ade je gambar pakai skirt time kecik2 ni, mummy daddy simpannn, frame terus. tau anak perempuan mereka sorang ni, susah sikit. sense of fashion banyak ke laut. prefers jeans to skirts, sneakers to heels.

aktiviti harian time mummy daddy pergi kerja, is squeeze myself into the small squared framed pintu grill depan rumah. saja adventurous, time kecik badan pun kecik, nasib baik tak stuck in between, mahunya kena panggil bomba keluarkan budak kecik tersekat kat grill pintu. yea, saya kecik2 mummy daddy tak bagi keluar pergi padang, so padang saya hanya di dalam rumah.

nak main pun ada time table. pukul 4petang paling best lah. time tu je boleh keluarkan segala lego, polly pocket, tea set bagai, main lah puas2. 5:30 down sikit. sebab time tu lah kak saniah ( our helper at that time ) akan cakap, ' Akak kena kemas, mummy nak balik !'

ingat lagi time kecik2, sebab tak boleh keluar rumah pergi padang join jiran2 lain main basikal, ada sorang kakak ni, selalu main masak2 dengan saya dekat depan pintu rumah. dia luar gate, saya dalam gate. yea, ada penghalang antara kami, tapi dia selalu datang juga walaupun saya tak dibenarkan keluar rumah.


sebab tu dah besar pun still suka pergi taman. masa kecik tak puas. ahem

Em. kalau tengok gambar pertama tadi , nampak grill hitam in our living room, kan ? dulu disebabkan pendek sangat , selalu dapat dengar je kalau bunyi kereta mummy and daddy balik kerja, tak nampak apa2 pun. sebab kalau nak double-check betul ke itu kereta mummy and daddy, kena panjat grill tu sampai paling atas sekali.

excited punya pasal ( excited apa, sebenarnya saja suka check sebab kalau bukan mummy ngn daddy maksudnya boleh main lagi dengan lego set and tea set ! ) selalu panjat grill sampai dapat nampak pemandangan luar. punya la seronok kalau tengok, rupanya kereta rumah jiran, cepat2 loncat balik and sambung main.


mungkin sebab itu juga hobi paling best panjat dinding. masa kecik dah practice awal2.

anyway,
kalau kereta mummy ngn daddy, PUN excited jugak ( heheh heheh ) loncat macam batman lepas tu lari macam the flash, cepat2 simpan permainan dalam bakul. lepas tu lari turun tangga sebab nak peluk mereka yang penat balik kerja. saya pun penat jugak mummy, penat main and penat tidur. dulu ada time kena tidur. pukul 12 sampai 1:30petang. time tu la paling susah sekali. sebab tak ngantuk pun, tapi sebab jadual mummy buat kata suruh tidur, so tidur je lah.

kadang2 suka call mummy dekat office, mintak permission. boleh tak kalau time tidur tu nak tukar jadi time main. and time main petang tu, PUN jadi time main jugak. kadang2 mummy bagi la. most of the times dia tak bagi. Dia cakap, kalau tak ngantuk, kena hafal sifir 12. Balik nanti dia check. Kalau tak dapat jawab, tak dapat ikut dia dengan daddy pergi jalan.

dulu mummy suka bawa ikut dia pergi shooting. lepas tu, dapat lah juga merasa macam mana rasanya bila orang ambil gambar kita sampai sakit mata, flash sana sini.




ada lah talent. kan. KAN.

and then bila dah besar,


boleh lah sikit2.

haih.

begitulah sedikit sebanyak cerita yang saya rasa, ada yang mummy and daddy pun tak tahu. lebih2 lagi bab panjat grill. bab suka selitkan badan melalui ruang ruang kosong antara grill. ya, saya memang nakal. walaupun begitu, saya yakin, mummy dan daddy masih sayang saya. sebab itu lah lepas baca entri ini, mereka akan membelikan saya tiket pulang ke Malaysia, sebab kat Adelaide sejuk gila, malam2, peluk tebuh dan heater. Kesian iya, kan mummy kan ?

Heheh.

Well, atleast I tried.





5 comments:

Anonymous on: June 28, 2010 at 6:32 AM said...

hehehe u r coming back?!?
roger2 angah k, if u r around hehe
mana tau i can squeeze sometime during my weekends!!!

wow iya nakal, sama cam angah hahaha no wonder u r my lil sis:D

xoxo

{ awall udinn'ALFIE'starr } on: June 28, 2010 at 3:21 PM said...

tiz o tiz balik la mesia saya xde duit nk pg adelaide..hehe

Anonymous on: June 28, 2010 at 7:21 PM said...

Your gambar in red has always been my favourite! See, we already taught you time management and discipline at that tender age... We also exposed you to the techniques of "climbing" also at young age...no wonder you are an expert climber at Mad Monkeys and Camp 5 ;)

mummy

{ DiEno*dent*DANIEL } on: June 29, 2010 at 7:31 PM said...

hohoho...comel giler budak ngokngek tu time kecik2...hang bila balik ni..?

{ rj.zyra } on: July 3, 2010 at 3:58 AM said...

angaaaaah : :) hehe iya balik november la angahh, lama lagiii, i miss you ! :)

awal : siapa tiz :P ni iya lah. pftt

mummy : heheh, u sure did <3

dieno : wehee. iya balik nov. thanks bagi email pasal workout cardio tu. nanti iya buat :D

Post a Comment

About

 
Copyright © 2010 my two cents ;, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger