Apa Khabar Cik Salmah?

/ Friday, July 31, 2009 /
So okay, WHY dont you have facebook?
My ISB lecturer asked me the other day during one of our lectures.

Well, I'm anti-social.
And the whole lecture hall burst with laughter.

I have no friends, and I'm embarassed if the world knew that.

Sigh. Of course I was just joking. I already promised everyone I let down to put it back up again once I leave. For now, I'm enjoying this low key life also, minus the unnecessary addiction. I'm distracted enough by other activities, I need not add one more to mess this already messed up system. Woohoo. Crap talk.

Greetings, how is everyone doing?

So today's topic would be on ' Tips-tips hebat untuk mengorat Cik Salmah '. I'll let Cik Salmah's PA to take over from here.

***


Mari kita mulakan bahasa 'ibu lidah' Cik Salmah.
Ignore that.

1. Sila type dengan penuh berhemah apabila chatting dengan Cik Salmah. Kalau boleh, jangan tambah 'w' atau 'r' pada hujung setiap perkataan. Sangat mematikan ( turn off ). Kepada yang terasa, jangan risau, kerana Cik Salmah tiada masalah mengadaptasikan diri dalam situasi2 begini.Mengadaptasi dalam erti kata, menerima tetapi tidak mengikuti. Namun begitu, faham2 saja lah, peluang anda sudah pun hancur musnah.

2. Cik Salmah suka kepada lelaki-lelaki yang berpakaian kemas, kelihatan kemas, semuanya kemas. Walaupun Cik Salmah kurang kemas orangnya, dia lagi suka pasangan yang jauh lagi kemas daripadanya agar dapat memotivasikan diri untuk berubah jauh lebih kemas.

3. Jangan segan silu untuk mencuba bakat di dapur. Siapa kata hanya perempuan sahaja yang perlu masak? Kalau anda handal memasak, sila lah email rj.zyra kerana Cik Salmah belum set up akaun yahoo atau hotmail kerana kelas komputer masih belum khatam.

4. Sila jaga percakapan anda sewaktu dengan Cik Salmah. Jauhkan daripada adab 'cakap lepas'. Sebagai contoh, ' Weh kau kat mana doh lahanat! ' Oh, kalau anda mahu rasa selipar terbang di muka anda, sila lah berkelakuan sedemikian depan Cik Salmah. Manners, weh. Manners.

5. Cik Salmah mempunyai 'mood swings' yang tak menentu. Jadi, kadang-kala telefon bimbitnya sengaja tidak dilayan. Kalau panggilan anda tidak dijawab, pandai-pandai lah tinggalkan pesanan di peti suara atau pun meninggalkan mesej pesanan ringkas. Tunggu sehingga mood Cik Salmah dah baik, jika bernasib baik, mesej anda akan segera di balas. Tapi selalunya Cik Salmah cepat lupa atau mungkin sahaja anda memang dilahirkan dengan nasib tidak baik. Kurang hajo betul lah kau ni tukang edit. Mati kau kalau Cik Salmah baca. NEXT !

6. Cik Salmah suka dan menghargai masa tidurnya. Jadi panggilan yang dibuat selepas jam 11 malam tidak akan dilayan. Telefon bimbit Cik Salmah telah pun diprogramkan khas buat perempuan mengada seperti Cik Salmah ini yang bila ada saja panggilan masuk selepas jam 11, tiada data yang akan tertera pada skrin telefon. Panjang cerita pendek, confirm tak layan. Mesej pesanan ringkas pula hanya akan di balas jika anda tersenarai dalam 10 ahli kongsi gelap Cik Salmah ( ini nanti kita senarai kan ).

7. Tolong jangan menampakkan sangat impian anda untuk menjadi seorang chief Inspektor yang tak menjadi. Cik Salmah tidak suka ditanya di mana beliau berada, dengan siapa, pakai baju apa, kasut apa, tudung apa jika anda bukan bapa atau ibu nya. Dia rimas. Kali ini bukan selipar terbang saja, mungkin juga telefon bimbit murah Cik Salmah yang terbang hinggap di kepala anda.

8. Cik Salmah dah cukup garang orangnya. Jadi orang yang mahu memikat Cik Salmah harus lah pandai berjenaka. Oh ya, jikalau anda tidak pandai membaca Jawi, tidak menghafal maksud surah Al-Fatihah dan tidak tahu Solat Jenazah berapa raka'at, jangan mimpi nak minta nombor telefon Cik Salmah. Itu baru Cik Salmah, belum bapa nya lagi.


Eh,eh. Over lah Cik Salmah ni. Padan la sampai sekarang tak kawin2 lagi. Oleh sebab rjzyra sudah lama tidak mengupdate blog nya. Dia telah memberi laluan kepada Cik Salmah untuk mempromote kan diri. Oh, saya bukan Cik Salmah, tetapi PA nya saja. Saya mahir menaip jadi jika sesiapa yang malas untuk membuat assignment sila lah hubungi saya kerana saya bersedia berkhidmat untuk anda!.

Rjzyra pesan, tak mahu rakan-rakan melupakannya. Jadi untuk mengingati rjzyra, saya telah upload dua gambarnya bagi tatapan umum. Ingat ya, jangan tak ingat.


wasalam.

12 comments:

{ Tuan Azmil Abdullah } on: July 31, 2009 at 6:18 PM said...

Cik Salmah oh Cik Salmah.. :)

Dingout - very apt choice of word verification.. hahahaha..

fiqss on: July 31, 2009 at 9:02 PM said...

i'm lost :S sorry zyra, i mmg lampi T.T

ris on: August 1, 2009 at 2:59 AM said...

kirim slm kat cik salmah ye.
sungguh interesting orangnye.

;)

{ awall udinn'ALFIE'starr } on: August 1, 2009 at 2:56 PM said...

sy pon tetiba berminat ngan cik salmah..haha...

{ Farah Zamri } on: August 1, 2009 at 10:09 PM said...

haha..
kelakar ok?
when i read this..
my face is full of smile ;)

{ Ladyship Atie } on: August 2, 2009 at 3:29 AM said...

and im here still remembering u:)
was a silent reader, but not anymore;p
how are u zyra?

-atie-

{ njahmat } on: August 2, 2009 at 11:58 AM said...

zyra. very the funny. cik salmah is in the market. cik minah pun. number dia 012-tekan tekan tak dapat. hahahaha.

i is cannot help but agree with the number one, you is know? hahah. i iS taK sukErR oraNg tulIs maCaM nI, tAww. hahahahah.

Anonymous on: August 3, 2009 at 9:53 AM said...

Sayang Cik Salmah! ;)

{ rj.zyra } on: August 3, 2009 at 2:51 PM said...

Pergh. Kalau macam ni kena letak jawatan ah. Cik Salmah laku oh.

Korang ni over taw.

Hahaha.

Ya ukhti Atie :), im a silent reader-not-anymore-from-now-on of your blog too. Alhamdulillah, fine thank you. Will drop you an email soon once I'm done with other tasks.

Cik Salmah kirim salam SAYANG dekat semua especially Anonymous.

Hesh Cik Salmah.

boe on: August 4, 2009 at 4:51 PM said...

PA CIK SALMAH,

if possible, want to see you soon.

text me boleh?

:)

Anonymous on: August 5, 2009 at 12:24 PM said...

Cik Salmah nie nampak nya banyak followers jugak ye?

{ Unknown } on: August 14, 2009 at 5:40 AM said...

agak2 cik salmah la,negeri china ni musim ape agaknye ye? :)

Post a Comment

About

 
Copyright © 2010 my two cents ;, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger