Bila hati dan perasaan dijadikan barang taruhan. Kiri dan kanan perjalanan tidak lagi sejelas nyata, apa kemampuan kita untuk memberi kata putus yang bijak? Dia tanya aku, kenapa aku takut. Aku tanya dia, kenapa dia tak takut?.
Takut itu adalah suatu perasaan yang perlu. Itu bagi aku. Tapi bagi dia, ia hanya membebankan. Dia kata, risiko itu wajib. Aku angguk. Tapi bergantung pada keadaan. Hati dia, hati aku, lain. Kami dua insan yang berbeza, namun begitu soal hati dan perasaan tiada siapa yang tahu. Keputusan aku, keputusan dia, tak sama. Pernah dengar how oopposite attracts?
Aku letak noktah pada setiap ayat yang diucap. Dia letak koma. Bila aku berhenti, dia sambung. Setiap langkah yang aku lepaskan, aku akan berhenti dan melihat. Dia redah sepanjang perjalanan tanpa menghiraukan apa-apa.
Jujur hati ini cemburu dengan langkah-langkahnya. Pekara yang rumit dijadikannya senang, pekara sulit dijadikannya terang, aku sangka tak wujud lagi manusia sebegini, namun dia berdiri teguh dihadapanku pada waktu-waktu yang tak pernah aku jangkakan kemunculan sesiapa. Kenapa dia harus ada?
Katanya jiwa aku sensitif, hati aku tidak lagi mekar ceria, senyuman aku memberi kisah yang mendalam, tawaku tersepit diantara keikhlasan dan keperitan. Siapa dia ? Siapa dia untuk membaca aku sebegitu? Siapa dia untuk mentafsir diri aku? Bosan aku bila ada yang berani mencuba. Benci aku bila ada yang berani melangkah masuk. Tetapi dalam benci aku menjumpai perlindungan. Dalam bosan aku temui kebahagiaan.
Selama ini aku sandarkan padaNya dalam menentukan jiwa-jiwa yang bakal bertembung dengan jiwa aku. Mungkin ini yang Dia berikan. Kombinasi hebat antara baru dan yang lama. 2 dalam 1. Aku tak mampu menolak, apa lagi menahan, justeru itu hanya membiarkan jiwa itu berlegar-legar di dalam taman permainanku.
Aku tahu kehadirannya perlu. Mungkin hanya untuk sementara waktu, tapi perlu. Apa yang dia bawakan pada aku cukup bermakna dan cukup hebat untuk membuat diri ini sekali lagi percaya kepada apa yang telah aku buang jauh. Dia kata, jangan berlari dari kemelut itu. Kerana besar kemungkinan perlarianku itu hanya sia-sia belaka. Dia kata, aku harus berani berdiri. Dia kata aku mampu mengubah cara pemikiranku terhadap segala sesuatu mengikut keinginan sendiri. Persoalannya, mahu atau tidak?
Dia tidak tahu kewujudan kotak ini. I want to keep it that way. Perubahan harus bermula dari sekarang, bukan?
Aku berjalan tidak mengharapkan apa-apa. Dalam kondisi mental dan pemikiran sebegitu tak ku sangka berlanggar dengannya. Pelanggaran ini perlu. Mungkin tertulis. Jadi, biarkan saja kehadirannya.
Boleh ya? :)
6 comments:
bolehh =D hehehhhhehehehehehhhh
aku baca laa kau ni punnn. ish la. =P
boleh habis :P. speed reader ke apa? :)
wah, cukup puitis.. xpham.. hua3x..
wow, meaningful gila oh kak zyra :D
:))
heheh. thats why I guess I've been quite slow in blogging now. Once I write, it just doesnt make sense. But I feel satisfied, you know? Letting it out. Yang faham, faham. Yang tak faham, adehh Iz'aan. Istighfar dulu, hilangkan belenggu. :P
Post a Comment